![]() |
| Ronaldo menjaringkan hatrik menentang Sevilla |
Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-2 Real Madrid di Sevilla untuk mengalahkan rekod 42 gol liga Leo Messi dalam tahun kalendar dan membawa pasukannya kembali ke puncak La Liga.
Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-10 dan gol keduanya tiba begitu hebat empat minit sebelum rehat selepas Jose Callejon menambah gol kedua pasukan.
Pepe dibuang padang sejurus sebelum tempoh itu akibat layangan kad kuning kedua tetapi mana-mana harapan Sevilla untuk bangkit hilang apabila Angel di Maria meraih gol keempat.
Jesus Navas menjadikan keputusan 4-1 dengan baki permainan 20 minit tetapi pemain Sevilla, Manu del Moral dibuang padang 15 minit kemudian kerana menjatuhkan Xabi Alonso.
Ronaldo melengkapkan hatriknya untuk menjadikan gol liga kepada 43 gol tahun ini. Hamit Altintop menjaringkan gol keenam sebelum Alvaro Negredo menambah gol saguhati lewat untuk Sevilla.
Ronaldo berkata, "Mereka yang mengkritik saya tak tahu apa-apa mengenai bola sepak."
(sumber:wisel )

No comments:
Post a Comment