![]() |
| Suarez dan Evra berlaga |
![]() |
| Luis Suarez |
Luis Suarez telah dikenakan penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah mengeluarkan kecaman berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, sekaligus mencetuskan reaksi berang Liverpool terhadap keputusan FA tersebut.
Satu kenyataan FA menyebut bahawa penyerang Uruguay berusia 24 tahun itu telah menggunakan perkataan yang turut ‘termasuk rujukan mengenai warna kulit Mr Evra’ semasa United dan Liverpool bertemu di Anfield pada 15 Oktober lalu, yang jelas serius melanggar peraturan badan berkuasa bola sepak England itu.
Selepas menghabiskan empat hari mempertimbangkan bukti dari perbicaraan disiplin minggu lepas, Jawatankuasa Peraturan Bebas yang dianggotai tiga individu turut mendenda Suarez sebanyak £40,000.
Liverpool segera mengutuk hukuman tersebut, menyerang proses membuat keputusan FA dan mengandaikan mereka telah pun memutuskan Suarez bersalah sebelum mendengar hujah pemain tersebut semasa perbicaran.
Kelab mengeluarkan kenyataan selepas keputusan perbicaraan disiarkan kepada umum di laman sesawang FA.
Ia berbunyi: "Kami melihat bahawa FA berazam untuk mengenakan dakwaan ke atas Luis Suarez walaupun sebelum menyoalsiasatnya."
(sumber:wisel)


No comments:
Post a Comment