Pertembungan di antara dua kelab paling besar di England iaitu Chelsea dan Manchester United sentiasa mengundang kontroversi yang mengubah keputusan perlawanan. Keputusan-keputusan pengadil yang berat sebelah dan kurang profesional selalu menganggu perlawanan antara dua kelab ini. Sudah pasti kelab di Manchester iaitu MU yang mempunyai kelebihan disebabkan keputusan pengadil sentiasa memihak kepada mereka walaupun dengan jelas kita melihat tindakan bodoh sebilangan pengadil yang sengaja memberi kelebihan kepada pasukan MU. Keaadan ini menyebabkan pasukan Chelsea sentiasa tertekan apabila bertemu dengan MU disebabkan pasukan ini mempunyai pemain yang "ke-12" di atas padang. Musim lalu Chelsea mendahului 3-0 sebelum diikat oleh MU 3-3. Disebabkan apa? Sudah tentu faktor pengadilan yang berat sebelah.. Musim ini,mutu pengadilan bertambah teruk apabila dua pemain Chelsea dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Jelas sekali terjahan yang dilakukan oleh Evans ke atas penyerang Chelsea iaitu Fernando Torres adalah satu kesalahan. Tetapi akhirnya Torres yang dipersalakan kerana disangka sengaja jatuh rebah dan menyebabkan pasukan terpaksa bermain dalam bilangan 9 lawan 12. Mutu pengadilan yang selalu memihak pasukan MU adalah tidak bermakna sama sekali kerana ianya cuma akan merosakkan permainan bola sepak yang sebenar. Jaringan kemenangan MU pada minit ke-75 juga adalah dalam kedudukan Offside dan tidak sepatutnya diberikan.
![]() |
| Hernandez gembira menjaringkan gol walaupun offside?????? |

No comments:
Post a Comment