![]() |
| Rooney bermain untuk England |
![]() | |
| Rooney merupakan pemain penting bagi Manchester United sejak tiba dari Everton pada tahun 2003 |
Paris Saint-Germain sedia menguji pendirian Manchester United dengan tawaran lumayan untuk Wayne Rooney musim panas ini.
Rooney, 27, telah menjadi pemain penting untuk United sejak
berpindah dari Everton sembilan tahun yang lalu namun kepentingan beliau
terhadap pasukan telah berkurangan sejak ketibaan Robin van Persie
musim ini.
Pemain prolifik Belanda itu telah menjaringkan 23 gol di semua
kejohanan untuk United setakat alam musim ini manakala Rooney hanya
menjaringkan 13 gol – di mana sepuluh dari gol itu dijaringkan di 13
perlawanan terakhirnya.
Dengan Javier Hernandez dan Danny Welbeck turut menjadi alternatif
di bahagian serangan, laporan menyebut bidaan sebanyak £40 juta mungkin
menguji Sir Alex Ferguson untuk melepaskan Rooney, yang dipercayai
menjadi pemain paling mahal kelab di gaji mingguan dipercayai sekitar
£250,000.
PSG mahu terus membina skuad mereka yang telah pun cemerlang musim
ini dengan pemiliknya dari Qatar dilaporkan berminat menggandingkan
penyerang United dan England itu bersama Zlatan Ibrahimovich di bahagian
serangan.
Rooney, yang kontrak semasanya bersama United berakhir pada 2015,
menjadi nama terbaru dalam senarai panjang pemain bintang yang dikaitkan
dengan Les Parisiens – bekas rakan sepasukan beliau, Cristiano Ronaldo,
bintang Napoli, Edinson Cavani dan Radamel Falcao dari Atletico Madrid
turut telah dikatakan menjadi sasaran pada musim panas nanti.


No comments:
Post a Comment