Traffic

Friday, May 31, 2013

Manchester United dan Chelsea.. Pasukan mana lebih baik?


Pertemuan di antara kedua-dua pasukan sentiasa menjadi tumpuan para peminat bola kerana pertemuan antara kedua-dua pasukan sentiasa berlangsung dalam keadaan yang sengit dan menampakan mutu permainan yang mantap. Kedua-dua pasukan ini bertemu sebanyak 5 kali dalam musim 2012/2013 dan 3 kemenangan berpihak kepada pasukan Chelsea dan hanya 1 kemenangan(kontervesi) yang dapat dilakar oleh pasukan Manchester United dan selebihnya berkesudahan seri.  

Perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan ini pada musim 2012/2013 adalah dalam saingan liga yg berpihak kepada pasukan Manchester United dengan kemenangan 3-2. Namun perlawanan tersebut dicemari dengan dua layangan kad merah terhadapa pemain Chelsea iaitu Fernando Torres dan Ivanovic. Banyak pihak mengatakan terjahan yang dilakukan oleh Ivanovic adalah professional dan ada sentuhan terhadap Torres semasa Evans melakukan terjahan. Sewajarnya Evans yang dilayangkan kad kuning kedua bukannya Torres keaadan tersebut menyebabkan pasukan Chelsea terpaksa bermain dengan 8 orang(tidak termasuk penjaga GOL).



Torres dilayangkan kad kuning kedua


Kedudukan Hernandez semasa menajaringkan gol OFFSIDE


Perlawan kedua berlangsung dalam saingan piala liga yang memihak kepada pasukan Chelsea dengan kemenangan 5-4. Eden Hazard menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan dan permainan terpaksa dilanjutkan dalam masa tambahan yang memihak kepada Chelsea apabila Sturridge dan Ramires berjaya menjaringkan gol sebelum Ryan Giggs menyempurnakan sepakan penalti apabila Azpilicueta mengasari Henandez dalam kotak penalti.



Hazard ketika berjaya menyamakan kedudukan 3-3


Perlawanan ketiga berlangsung dalam saingan piala FA yang berakhir dalam kedudukan seri 2-2. Chelsea bolos dua gol dalam masa 10 minit apabila Hernandez dan Rooney meletakkan Manchester United di depan sebelum Chelsea bangkit pada masa kedua hasil daripada jaringan cantik Hazard dan Ramires. Chelsea boleh memenangi perlawanan ini tetapi tendangan Mata pada minit-minit akhir berjaya ditepis oleh De Gea. Keadaan ini memaksa kedua-dua pasukan bermain dalam perlawanan ulangan.

Ramires menjaringkan gol penyamaan 2-2

Tamat masa perlawanan 2-2


Rooney menjaringkan gol melalui tendangan percuma



Perlawanan keempat berlangsung di Stamford Bridge dalam perlawanan ulangan piala FA kerana kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sebelumnya. Kedua-dua pasukan bermula dengan serangan-serangan yang bahaya, Manchester United berpeluang mendahului dengan tandukan Hernandez namun Cech berjaya menepis bola tersebut dan memastikan keaadan masih 0-0. Pada separuh masa kedua Demba Ba berjaya melakar jaringan yang membawa Chelsea mara ke peringkat separuh akhir.



Demba Ba menjaringkan gol kemenangan kepada pasukan Chelsea


Perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan ini berlangsung dalam saingan Liga Perdana  yang memihak kepada pasukan Chelsea dengan kemenangan 0-1. Jaringan terhasil apabila bola yang di tendang oleh mata mengenai kaki Jones dan masuk ke dalam gawang gol. Kemenangan ini sangat berharga bagi pasukan Chelsea kerana mengejar tempat automatik dalam Champion League.




KEPUTUSAN PENUH

CHELSEA- 3 MENANG , 1 SERI
MANCHESTER UNITED- 1 MENANG, 1 SERI

Jadi pasukan mana lebih baik dalam musim 2012/2013? Sudah pasti pasukan Chelsea dengan kemenangan yang dilakar oleh pasukan MU hanya melalui dua kad merah dan satu jaringan offside.




1 comment: