Traffic

Friday, February 11, 2011

Malaysia boleh!!!!

Safee Sali melakukan rembatan di dalam kawasan kotak penalti Hong Kong
Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Hong Kong dapat membuktikan bahawa pasukan bola sepak negara sedang menuju ke arah yang lebih tinggi dan berkelas dunia. Kemenangan 2-0 terhadap pasukan Hong Kong juga membuktikan bahawa pasukan bola sepak negara tidak boleh di pandang rendah oleh negara-negara di rantau asia dan khususnya di rantau asia tenggara. kemenangan yang dicapai oleh pasukan negara dalam piala AFF Suzuki juga tidak boleh dipertikaikan kerana pasukan negara masih boleh mencapai kemenangan pada perlawanan seterusnya. Pasukan bola sepak negara seharusnya meneruskan aksi yang konsisten ini untuk membolehkan pasukan negara menyertai kejohanan yang lebih besar seperti piala asia. Tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang bersemangat besar untuk mencapai kemenangan. kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong kalian.

No comments:

Post a Comment