Traffic
Tuesday, February 8, 2011
semangat kesukanan atau sekadar mengejar kemenangan??????
Sukan SEA yang ke-26 akan dilangsungkan di Indonesia pada 11-25 November 2011 mendapat kritikan hebat daripada majlis sukan negara(MSN). Ini disebabkan oleh pemilihan sukan yang dikatakan tidak bertepatan dengan sukan yang dilangsungkan secara dwitahunan itu. Antara jenis sukan yang dikatakan merapu ialah panjat dinding,sepak bulu ayam dan renang sirip. keadaan ini akan memihak hanya perserta tuan rumah sahaja kerana negara seperti Malaysia tidak menganjurkan jenis sukan ini di peringkat antarabangsa bahkan ada yang tidak mengenali sukan yang baru dipertandingkan itu. hal ini harus dipandang serius terutama sekali oleh Majlis Olimpik Malaysia(MOM) dan persekutuan sukan SEA(SGF) agar sukan terbesar asia tenggara tidak dianggap seperti 'sarkas'. sukan terbesar asia tenggara ini mestilah dianjurkan dengan sukan-sukan yang turut dipertandingkan di sukan ASIA dan sukan Olimpik bagi memantapkan lagi atlet negara masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment