Seperti yang anda tahu,pemain-pemain Chelsea terutama sekali bintang pasukan semakin dimakan usia dan semakin berumur. Antara pemain tersebut ialah Frank Lampard yang sudah berusia 34 tahun, kapten pasukan John Terry yang mempunyai umur yang sama dengan pemain pertahanan berkelas dunia Ashley Cole berumur 31 tahun dan penjaga gol pasukan Chelsea Petr Cech yang sudah berumur 30 tahun. Keadaan ini akan menyukarkan pasukan Chelsea untuk bersaing dengan pasukan yang lain seperti Manchester United yang menggunakan pemain muda yang lebih pantas dan bertenaga.
Memang benar pemain berusia ini masih boleh berjuang untuk pasukan,tapi persoalannya sampai bila??? Semua pasukan atau kelab ternama di dunia sudah mula untuk mencari pemain muda yang berkualiti dan mempunyai bakat yang baik untuk dijadikan pemain utama. Kerana mereka tahu semua pemain yang sedia ada tidak akan sentiasa kekal sebaik itu untuk selama-lamanya. Pasukan Chelsea juga sudah bermula mencari dan menggunakan pemain muda untuk diserapkan di dalam pasukan utama.
 |
| Pemain bintang generasi lama (Frank Lampard dan John Terry) |
 |
| Ashley Cole berusia 31 tahun |
 |
| Penjaga Gol utama (Petr Cech) berusia 30 tahun |
Pemain-pemain ini akan pergi dan berhenti bermain apabila mereka mencapai tahap maksimum dan tidak lagi bertenaga seperti dahulu. Di bawah ini ialah senarai pemain muda yang akan meneruskan kegemilangan Chelsea F.C.
1. Eden Hazard (21 tahun)
Merupakan pemain berbakat yang berasal dari negara Belgium dan pernah bermain di Perancis untuk kelab Lille dan menjaringkan 20 gol dan membuat 16 hantaran gol untuk musim lalu. Pemain ini mempunyai kelebihan untuk bermain di pelbagai posisi dan mempunyai teknik mengawal bola yang menakjubkan serta kelajuan dan penyudah yang berbahaya. Eden Hazard akan bermain untuk Chelsea musim depan,saya yakin dia pasti akan menjadi lebih baik di Chelsea.
 |
| Eden Hazard |
 |
| Eden Hazard |
 |
| Eden Hazard |
 |
| Eden Hazard |
2. Juan Mata (24 tahun)
Pemain berasal dari Sepanyol yang dibeli pada musim lalu dan melakukan impak yang besar terhadap kelab pada musim lalu. Mencipta 20 hantaran gol dalam semua kejohanan, Juan Mata mempunyai teknik mengawal bola yang sangat bagus dan boleh mencipta peluang kepada rakan-rakan serta mempunyai sifat berkerjasama dalam pasukan.
 |
| Juan Mata |
 |
| Juan Mata |
 |
| Juan Mata dalam pasukan Sepanyol |
 |
| Juan Mata bersama piala UCL |
3. Romelu Lukaku (19 tahun)
Pemain ini tidak mempunyai peluang yang banyak untuk membuktikan bahawa dia merupakan seorang penyerang yang berkebolehan kerana jarang diturunkan. Tapi saya percaya dia pasti akan menjadi pemain yang penting untuk musim depan. Remelu Lukaku mempunyai kekuatan tubuh yang baik untuk menewaskan pertahanan lawan dan mempunyai penyudah yang kuat.
 |
| Remelu Lukaku |
 |
| Remelu Lukaku bermain untuk negara Belgium |
 |
| Remelu Lukaku semasa menentang Everton |
 |
| Remelu Lukaku |
4. Daniel Sturridge (22 tahun)
Pemain dari England ini boleh manjadi 'target man' dan mempunyai kebolehan untuk melakukan tandukan apabila berada di hadapan gol. Memulakan kempen liga dengan baik pada musim lalu tetapi tenggelam menuju penghujung liga. Namun pemain ini akan terus meningkat dalam pasukan Chelsea pada musim hadapan.
 |
| Daniel Sturridge semasa menentang Everton |
 |
| Daniel Sturridge |
 |
| Daniel Sturridge |
 |
| Daniel Sturridge bermain untuk negara England |
5. Marko Marin (23 tahun)
Pemain yang baru dibeli daripada kelab German iaitu Werder Bremen. Marko Marin berasal dari German merupakan pemain yang lincah dan boleh mencipta jaringan untuk rakan sepasukan.
 |
| Marko Marin bersama jersi Chelsea |
 |
| Marko Marin bermain untuk German |
6. Oriol Romeu (20 tahun)
Merupakan pemain yang dibeli daripada Bercelona dan berjaya melakukan beberapa penampilan pada musim lalu tetapi belum menjadi pilihan pasukan utama. Dia akan menjadi pemain penting Chelsea suatu hari nanti.
 |
| Oriol Romeu semasa menentang Fulham |
 |
| Oriol Romeu |
 |
| Oriol Romeu |
 |
| Oriol Romeu |
7. Ryan Bertrand (22 tahun)
Pemain muda yang beraksi pada final UCL dan merupakan calon untuk menggantikan Ashley Cole di posisi pertahanan kiri. Merupakan pemain yang berbakat besar dan mempunyai skill mengawal bola dengan baik.
 |
| Ryan Bertrand |
 |
| Ryan Bertrand |
 |
| Ryan Bertrand |
 |
| Ryan Bertrand semasa bermain dalam UCL final |
8. Thibaut Courtois (20 tahun)
Pemain ini dipinjamkan di Atletico Madrid untuk menambah lebih banyak pengalaman. Saya berharap pemain ini akan berhasrat kembali semula ke Chelsea pada masa hadapan kerana dia mempunyai bakat yang baik dalam menjaga gawang gol.
 |
| Thibaut Courtois |
| Semua pemain muda ini adalah harapan Chelsea untuk memperkuatkan pasukan kerana masing-masing mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. |
No comments:
Post a Comment