Perlawanan di antara pasukan Chelsea dan Queen Park Rangers(QPR) pada malam tadi mencetuskan tanda tanya sama ada pemain di liga perdana Inggeris betul-betul profesional atau tidak. Kejadian itu berlaku disebabkan oleh pemain pertahanan QPR iaitu Anton Ferdinand menolak untuk berjabat tangan dengan pemain pertahanan Chelsea iaitu John Terry. John Terry menghulurkan tangan kepada pertahanan QPR tersebut tapi tidak dilayan dan dibiarkan. John Terry yang disiasat melemparkan kata-kata berbaur perkauman kepada Anton pada musim lalu sudah dibuktikan tidak bersalah. Tetapi Anton Ferdinand masih tidak boleh menerima kenyataan tersebut dan masih berkeras untuk membantah. Keaadan seperti ini tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Adalah lebih baik untuk melupakan masalah ini daripada dibiarkan berterusan dan John Terry juga sudah dibuktikan tidak bersalah.
Keputusan malam tadi adalah seri.. diantara pasukan Chelsea dan Queen Park Rangers
Berikut adalah gambar yang diambil semasa sesi berjabat tangan perlawanana semalam:
![]() |
| Anton Ferdinand terus berlalu apabila John Terry menghulurkan tangan |
![]() |
| Anton masih berkeras |


No comments:
Post a Comment