Traffic

Monday, September 17, 2012

Real Madrid MEROSOT???

Pasukan di bawah bimbingan Jose Mourinho yang mencatatkan kemenangan 100% dalam jelajah pra-musim kini nampak semakin merosot dan jauh dari persembahan yang sebenar. Pasukan ini mengalami dua kekalahan dalam empat perlawanan di mana satu kemenangan dan keputusan seri yang hanya mencatatkan 4 mata dan berada dalam kedudukan yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini akan mengakibatkan pesaing utama Real iaitu Barcelona mempunyai kedudukan yang selesa di puncak liga kerana pesaing utama mereka tidak mempamerkan permainan yang konsisten manakala pasukan Barcelona pula mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dalam liga.

Prestasi Real Mandrid mula merosot selepas berjaya mendakap piala super cup di Sepanyol iaitu selepas menewaskan Barcelona dengan kemenangan dari segi argeget iaitu menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan. Kita semua sedia maklum bahawa Real Mandrid merupakan pasukan yang mempunyai ramai pemain bintang yang cukup bagus dan mencukupi pelbagai posisi. Kekalahan yang mereka alami tidak akan menepati status pasukan bintang yang sudah lama dikenali di seluruh dunia. 

Pasukan ini harus memperkemaskan lagi pasukan untuk memburu lebih banyak kemenangan dan untuk menghadapi lebih banyak kejohanan dengan lebih yakin...


Pengurus Real Madrid

C.Ronaldo bintang utama pasukan

Pasukan Real Madrid


No comments:

Post a Comment