Mark Schwarzer ketika menandatangani kontrak
Pemain ketiga yang di tandatangani oleh Jose Mourinho ialah bekas pemain Fulham dengan perpindahan percuma kerana kontrak beliau dengan kelab tersebut telah tamat dan bebas untuk berpindah pada kelab lain. Mark Schwarzer ialah seorang pemain yang sangat berpengalaman dan kini berusia 40 tahun namun beliau masih merupakan penjaga gawang yang hebat dalam saingan Liga Perdana di England. Beliau merupakan penjaga gawang simpanan sekiranya berlaku apa-apa masalah terhadap penjaga gawang utama pasukan Chelsea iaitu Petr Cech.
Berikut merupakan kata-kata beliau dalam laman web rasmi kelab Chelsea:
"It's a phenomenal club,' he said upon signing. 'It's one of the biggest and best clubs in the world, and it's an honour to sign for Chelsea. I didn't take much convincing to come here."
Mark Schwarzer merupakan penjaga gawang utama pasukan kebangsaan Australia yang telah melayakan diri dalam piala dunia 2014. Beliau bermain untuk Fulham selama 5 tahun dan membuat penampilan sebanyak 220.
Semoga beliau diberikan peluang bermain dan mendapat banyak pengalaman semasa berada semusim dalam pasukan Chelsea.
Selamat datang ke Chelsea Mark Schwarzer!!!!!
|
No comments:
Post a Comment