Perlawanan menentang Cardiff City dipenuhi dengan drama suka dan duka bagi kelab Chelsea apabila Eto'o berjaya menjaringkan gol pertama sejak berpindah ke kelab ini dan juga merupakan watak utama untuk menjelmakan jaringan penyamaan Chelsea yang dikatakan sebagai menyalahi undang-undang permainan bola sepak. Penjaga gawang kelab Cardiff City dilihat melantun bola yang kemudiannya di sambar oleh Eto'o dan memberikan kepada Hazard dan berjaya melakukan gol penyamaan.
Ramai pihak mengatakan gol itu tidak seharusnya diberikan atas alasan permainan belum bermula kerana penjaga gawang Cardiff City masih belum menyepak bola tersebut. Tetapi dari sudut pandangan saya sendiri, gol tersebut adalah rasmi dan tidak menyalahi undang-undang bola sepak. Kerana penjaga gawang seharusnya berjaga-jaga dengan pemain pihak lain dan kecuaian beliau sendiri memakan diri.
Apa yang penting adalah kelab Chelsea berjaya melakar kemenangan dan meneruskan rentak kemenangan untuk merebut gelaran liga pada musim ini. Tahniah Eto'o kerana bejaya menjaringkan gol pertama untuk kelab.
| Eto'o merampas bola daripada penjaga gawang Cardiff City
Sumber: BBC
|
| Eto'o selepas berjaya menjaringkan gol
Sumber: EPA
|
No comments:
Post a Comment